KETAHUI PENJAGAAN KULIT WAJAH DENGAN BETUL !
Inginkan kulit cantik dan gebu ?? Jom baca sini utk dapatkan teknik yang betul
TIPS MENJAGA KULIT WAJAH
Adakah anda tahu cara yang betul untuk menjaga kulit wajah ? Semua orang nak dapatkan wajah yang cantik, bersih, dan berseri-seri.
JOm baca sini untuk lebih lanjut..
1) BASUH MUKA SAMBIL SELAWAT
Amalkan membasuh muka selepas bangun pagi sambil berselawat 3x.. Wajah anda akan berseri dan awet muda..InsyaAllah
2) GUNA PEMBERSIH MUKA, TONER, PELEMBAP
Pastikan menjaga kulit wajah bermula dari pembersih, toner dan pelembap. Pembersih muka untuk membuang kotoran. Toner untuk mengecilkan liang roma dan pelemba untuk melembapkan kulit muka.
3) BEDAK SEJUK
Amalkan pemakaian bedak sejuk sebelum tidur. Bedak sejuk dibuat daripada beras dan kita semua sedia maklum beras sangat bermanfaat untuk menghaluskan kulit wajah. Malah melicinkan, membersihkan dan menegangkan kulit muka.
4) TELUR SEBAGAI MASKER
Cuba amalkan buat masker dengan telur. Pecahkan telur dan ambil putih telur. Sapu putih telur di wajah anda. Biarkan kering. Bilas dengan air biasa atau air suam. Atau cara lain, ambil tisu celupkan ke dalam putih telur dan tampal di wajah. Biarkan sehingga kering.
5) AIR BASUHAN BERAS
Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga sambil berselawat 3x. Sambil masak nasi sambil jaga kulit mukakan..:))
6) JANGAN MENYENTUH MUKA DENGAN TANGAN
Tangan mengandungi banyak bakteria apatah lagi apabila menyentuh barang yang berdebu. Jaid, jangan menyentuh muka dengan tangan.
7) BERSENAM
Amalkan sentiasa bersenam supaya peluh keluar bersama-sama minyak jahat. Jerawat yang ada di wajah disebabkan minyak yang tersumbat. Jadi, jom kita buang minyak jahat tu..
8) MINYAK KELAPA DARA
Amalkan menyapu minyak kelapa dara supaya kulit halus dan bersih. Minyak kelapa dara boleh didapati daripada santan.
9) MAKAN BUAHAN DAN SAYURAN
Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti kita sedia maklum buahan dan sayuran mempunyai zat dan protein yang sangat elok untuk kulit kita. terutamanya tomato.
10) AIR KOSONG
Minum air kosong secukupnya untuk membantu pembuangan toksid dalam badan. Malah dapat melembapkan kulit.
11) KURMA, MADU & KISMIS
Makan makanan seperti kurma, kismis dan madu untuk kesihatan dalaman dan luaran. Rasulullah juga menggalakkan kita semua memakan kurma, madu dan kismis. Bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecerdasan otak. Ibu mengandung elok memakan kurma, madu dan kismis untuk anak cerdas. InsyaAllah.
12) AMBIL SUPPLEMENT
Amalkan pemakanan supplement seperti collagen dan minyak kelapa dara. Supplement collagen berfungsi menggantikan collagen dalam badan kita yang telah menyusut apabaila umur mencecah usia 20 ke atas. Dan minyak kelapa dara untuk memperbaiki sel kulit dan juga kesihatan dalaman & luaran.
13) LETAK TOMATO DI KULIT WAJAH
Boleh amalkan meletakkan tomato di kulit muka. Tomato dapat memberi kesegaran pada wajah malah membuatkan wajah menjadi lembut dan licin. Tomato kaya dgn zat besi.
Banyakkan tips nya ? So ape lagi ? Cepat dapatkan MINYAK KELAPA DARA AS-SYIFA' sebagai cara untuk menjaga kulit wajah anda ~
No comments:
Post a Comment